Wednesday, 12 October 2011

Kesalahan Umum Bahasa


Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
  sekalian orang peserta
  para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru







3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran

Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripadadi dan pada
   ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat darisutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup


Dipetik daripada
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kesalahan.htm
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdaripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.





No comments:

Post a Comment