- (a) dalam orbit mengelilingi Matahari;
- (b) mempunyai jisim yang cukup untuk graviti-sendiri melawan daya tarikan jasad tegar sehingga ia mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat); dan
- (c) melepasi orbit kawasan kejiranannya; atau
- (i) dalam orbit mengelilingi bintang atau sisanya;
- (ii) membunyai jisim di bawah batas jisim untuk pelakuran termonuklear deuterium; dan
- (iii) mempunyai jisim/saiz lebih besar daripada takat minimum yang diperlukan untuk dikira sebagai planet dalam sistem suria.
IAU belum membuat keputusan sama ada
objek berjisim planet yang telar terkeluar dari sistem suria dipanggil planet atau tidak. Ini kerana pendirian mengenai planet dalam sistem suria baru diputuskan dalam Perhimpunan Agung IAU 2006, tetapi pandangan mengenai
planet luar suria masih menggunakan takrifan tidak rasmi pada 2003. Oleh itu, ia mungkin bertukar dalam masa terdekat.
Sebelum persetujuan
resolusi pada 2006, tidak terdapat takrifan perkataan "planet" secara rasmi, walaupun untuk sistem suria. Oleh sebab itu,
sistem suria telah mempunyai berbagai bilangan planet sebelum ini. Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komuniti
astronomi sendiri apatah lagi masyarakat umum.
Di bawah takrifan rasmi ini, sistem suria mempunyai lapan planet:
Utarid,
Zuhrah,
Bumi,
Marikh,
Musytari,
Zuhal,
Uranus dan
Neptun. Manakala jasad yang cuma memenuhi syarat (a) dan (b) sahaja, dan bukan merupakan
satelit semula jadi, dipanggil
planet kerdil:
Ceres,
Pluto dan
Eris. Sehingga kini, lebih daripada 200
planet lain telah ditemui.
Perkembangan dalam
astronomi bererti
Matahari dan
Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam
sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana
bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik. Sejak penerimaan
model heliosentrik di atas
model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada
budaya dan
ijmak saintifik:
- 1543 - enam (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari and Zuhal) (lima jika Bumi tidak diterima)
- 1781 - tujuh (dengan Uranus)
- 1807 - sebelas (dengan Ceres, Pallas, Juno dan Vesta)
- 1845 - dua belas (dengan Astraea)
- 1846 - tiga belas (dengan Neptun)
- 1851 - dua puluh tiga (dengan Hebe, Iris, Flora, Metis, Hygiea, Parthenope, Victoria, Egeria, Irene dan Eunomia)
- 1852 - lapan (tanpa Ceres dan 14 asteroid)
- 1930 - sembilan (dengan Pluto)
- 2006 - lapan (tanpa Pluto)
Apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal
1800-an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali, namun pada
2006 ia diletakkan oleh
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dalam kategori baru
planet kerdil.
Senario yang serupa dihadapi Pluto. Ia pertama kali ditemui pada
1930 dan diterima IAU sebagai planet kerana disangkakan sebesar Bumi. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan. Selepas banyak lagi
jasad baru ditemui melampaui Neptun semasa
1990-an dan awal
2000-an, IAU
memutuskan untuk mengelaskan semula Pluto sebagai planet kerdil pada 2006.
Salah satu objek ini ialah
Eris, yang penemuannya pada
2003 diwarwarkan dalam
blog,
jurnal dan
media utama sebagai "
planet ke-10", walaupun IAU tidak pernah menerimanya secara rasmi. Ramai yang melobi supaya Eris dijadikan planet, tetapi selepas perdebatan panjang ia menyertai Ceres dan Pluto sebagai planet kerdil.
[sunting]Pembentukan planet
Rencana utama: Nebula suria
Asal pembentukan planet tidak diketahui dengan pasti. Teori yang lazim ialah mereka terbentuk dari sisa
nebula yang tidak memeluwap di bawah
graviti untuk membentuk
protobintang. Sebaliknya, sisa-sisa ini menjadi
cakera protoplanet habuk dan gas yang nipis di sekeliling proto bintang dan mula memeluwap di tumpuan jisim setempat dalam cakera yang dipanggil
planetesimal. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk
protoplanet [4]. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut. Ini meningkatkan kadar penangkapan planetesimal dengan faktor sepuluh kali
[5].
Apabila protobintang telah membesar cukup sehingga dapat menyala menjadi
bintang,
angin surianya meniup kebanyakan bahan lain dalam cakera tersebut. Selepas itu masih banyak protoplanet yang mengorbit bintang atau sesama sendiri, namun selepas beberapa lama kebanyakannya akan berlanggar, sama ada untuk menjadi satu planet yang lebih besar atau hancur untuk diserap oleh protoplanet atau planet lain
[6][7]. Jasad-jasad yang cukup besar akan menangkap kebanyakan jirim di sekitar otbitnya untuk menjadi planet. Sementara itu, protoplanet yang tidak berlanggar mungkin menjadi
satelit semula jadi planet melalui proses penangkapan graviti, atau kekal dalam lingkaran objek lain untuk menjadi
planet kerdil atau
badan sistem solar kecil.
Hentaman bertenaga planetesimal kecil akan memanaskan planet yang sedang membesar, menyebabkannya mencair sedikit. Bahagian dalam planet tersebut akan mula dibezakan oleh jisim, membentuk teras yang lebih tumpat. Planet terestrial kecil hilang kebanyakan atmosferanya akibat pembesaran ini, namun gas yang hilang boleh diganti dengan mengeluarkan gas dari mantel dan dari hentaman
komet kemudiannya.
[8] (Nota: planet kecil boleh kehilangan atmosfera yang terhasil melalui pelbagai
cara.)
Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet
[9]. Jadi
bintang penduduk II difikirkan tidak akan mempunyai sistem planet yang lebih besar berbanding
bintang penduduk I.
[sunting]Dalam Sistem Suria
Rencana utama: Sistem suria

Planet berbatu: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh (
saiz mengikut skala)

Empat gergasi gas dibandingkan dengan Matahari: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun (
saiz mengikut skala)
Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam
sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari
Matahari adalah seperti berikut (
simbol astronomi dalam kurungan):-
- Utarid (
) tiada satelit, 57.9 juta km
- Zuhrah (
) tiada satelit, 108.2 juta km
- Bumi (
) satu satelit semula jadi, Bulan, 149.6 juta km
- Marikh (
) dua satelit, Phobos dan Deimos, 227.9 juta km
- Musytari (
) enam puluh tiga satelit, 778.3 juta km
- Zuhal (
) lima puluh enam satelit, 1,427.0 juta km
- Uranus (
) dua puluh tujuh satelit, 2,871.0 juta km
- Neptun (
) tiga belas satelit, 4,497.0 juta km
Disebabkan oleh orbit planet yang membujur dalam
sistem suria, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan
matahari berubah mengikut kedudukan planet di
orbit.
Planet (dan planet kerdil) di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:
- Planet terestrial (atau planet berbatu): Planet (dan mungkin planet kerdil) yang serupa dengan Bumi — terdiri daripada batu-batu dan logam: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh. Planet-planet ini wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam lingkaran asteroid. Jika planet kerdil diambil kira, Ceres juga termasuk di sini.
- Gergasi gas (atau planet Jovian): Planet yang terbentuk dari gas-gas dan jauh lebih besar dari planet berbatu: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun. Gergasi ais termasuk dalam kelas ini, gas hidrogen dan heliumnya lebih banyak dalam bentuk ais dan batu.
- Kerdil ais (atau 'objek Pluton'): Objek yang tidak sebesar planet dan terdiri dari ais. Planet kerdil Pluto dan Eris termasuk dalam kelas ini. Kumpulan ini terletak di dalam Lingkaran Kuiper.
[sunting]Ciri-ciri planet
Semua planet mengelilingi Matahari pada arah yang sama; melawan jam jika dilihat dari atas kutub utara Matahari. Tempoh satu putaran orbit planet dikenali sebagai satu
tahun. Tempoh ini bergantung kepada jaraknya dari Matahari; lebih jauh planet tersebut dari Matahari, lebih jauhlah jarak yang perlu dilaluinya, dan lajunya juga lebih perlahan, kerana graviti Matahari kurang berkesan terhadapnya.
Semua planet juga berputar pada paksi bayangan dipusatnya. Tempoh satu putaran ini dikenali sebagai satu
hari. Kebanyakan planet, termasuk Bumi, berputar sambil mengelilingi, mengikut arah lawan jam. Zuhrah sahaja yang berputar mengikut arah jam. Di Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit di barat dan tenggelam di timur. Tempoh satu hari berubah-ubah antara planet. Satu hari di Marikh cuma 37 minit lebih lama dari di Bumi; Zuhrah lebih lama, 243 hari. Semua gergasi gas mempunyai tempoh putaran beberapa jam sahaja.
Planet juga mempunyai
kecondongan paksi yang berbeza-beza; mereka membuat suatu sudut pada satah
ekliptik (bergerhana). Ini menyebabkan jumlah cahaya matahari yang diterima oleh setiap hemisfera berbeza sepanjang tahun. Oleh itu setiap planet mempunyai
musim; perubahan pada iklim di sepanjang tahun. Waktu di mana setiap hemisfera paling jauh/pendek daripada Matahari dipanggil
solstis. Setiap planet mempunyai dua solstis setahun. Apabila hemisfera utara mengalami solstis musim panas, apabila siangnya paling panjang, henisfera selatan mengalami solstis musim sejuk, siangnya paling pendek. Kecondongan paksi Musytari amat kecil, jadi perbezaan musimnya amat sedikit; Uranus pula amat condong sehingga boleh dikatakan ia baring, ini bermakna hemisferanya adalah sentiasa siang atau sentiasa malam sekitar waktu solstis.
*Dibandingkan dengan Bumi. **Lihat rencana Bumi untuk nilai mutlak.
[sunting]Planet kerdil
Rencana utama: Planet kerdil
Sebelum perdebatan pada Ogos 2006, terdapat banyak objek yang dicadangkan oleh ahli astronomi, dan pada satu peringkat IAU, sebagai planet. Tetapi kemudian beberapa objek baru ini
dikelaskan semula sebagai
planet kerdil, suatu jasad yang lain dari planet. Pada masa ini terdapat tiga planet kerdil yang diiktiraf:
Ceres,
Pluto dan
Eris. Ciri-ciri mereka adalah seperti berikut:
*Dibandingkan dengan Bumi.